Ahad, 4 Mac 2012

Profil Butik Pengantin Feeza

Butik Pengantin Feeza menyediakan pakej perkahwinan kepada bakal pengantin yang mempunyai bajet terhad tetapi ingin tampil anggun dan bergaya dihari yang bersejarah. Memandangkan kos kehidupan semakin meningkat, maka kos melaksanakan majlis perkahwinan pun semakin meningkat dan melambung tinggi. Oleh itu kami akan membantu anda dalam merialisasikan hari yang bersejarah anda. Kami menyediakan pakej bertunang, pakej perkahwinan, pakej fotografi daripada pakej Ekonomi hingga pakej Eksklusif. Dengan pengalaman yang kami ada dalam bidang ini selama 4 tahun, InsyaAllah kami dapat merealisasikan impian pasangan yang menggunakan perkhidmatan kami.

Koleksi Pakaian Pengantin

Butik Pengantin Feeza menyediakan koleksi pakaian pengantin yang terkini, iaitu berkonsepkan moden dan trendy. Koleksi pakain pengantin adalah terdiri daripada Sifon, Lace, French Lace, Gown, Coat dan lain-lain. Pengantin juga boleh memilih rekaan sendiri dan butik kami akan menyediakan pakaian pengantin mengikut design yang diingini.

Koleksi Pelamin

Kami menyediakan pelamin berkonsepkan moden dan simple. Koleksi pelamin adalah terdiri daripada pelamin mini, pelamin rumah dan pelamin dewan, samada pelamin Simple atau Ekslusif. Dari segi hiasan pelamin, pengantin boleh menentukan tema yang dikehendaki. Untuk hiasan bunga, Butik Pengantin Feeza menggunakan artificial (low quality) flower, artificial (high quality) flower dan juga fresh flower.

Khidmat Nasihat

Butik Pengantin Feeza akan memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan kami. Kami akan mencadangkan pemilihan/hiasan pelamin, baju pengantin mengikut tema dan warna yang dikehendaki. Kami juga akan memberi khidmat nasihat meliputi perjalanan majlis dan lain-lain keperluan.